Kejayaan Acara Kesihatan UKM Mengurangkan Berat Badan

RABU, 03 DISEMBER 2014 16:42

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Ikhwan Hashim

PUTRAJAYA, 1 Disember 2014 – Lebih dari 85% daripada seramai 56 orang peserta acara kesihatan anjuran bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Perbadanan Putrajaya telah berjaya mengurangkan berat badan mereka melalui program itu baru-baru ini.

Ketua program itu Prof Madya Dr Zahara Abdul Manaf dari Program Dietetik Fakulti Sains Kesihatan UKM berkata mereka berjaya mengurangkan berat badan antara 0.3 hingga 27.6 kg    setelah menyertainya selama enam bulan.

Dr Zahara berkata 81% daripada peserta yang mengalami tekanan darah tinggi berjaya mencatatkan bacaan normal selepas menamatkannya.

Program ‘Slim Shape’ Putrajaya 2014 adalah ringkasan daripada ‘Slim and Structured Healthy Activity, Psychology and Eating Programme, iaitu langsing melalui program kesihatan berstruktur yang menekankan aspek aktiviti, fizikal, psikologi dan pemakanan.

merangkumi aktiviti kesihatan berstruktur, psikologi dan program makan bertujuan membantu peserta menurunkan berat badan di samping mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Beliau berkata program itu berlangsung selama enam bulan dengan penekanan kepada pemakanan, senaman, psikologi dan perubatan. Para penyelidik yang terdiri daripada pakar pemakanan, ahli fisiologi senaman, ahli fisioterapi, ahli psikologi dan pakar-pakar perubatan telah menjalankan program dan membantu memantau peserta.

Hasilnya adalah seperti berikut:

+ 27% daripada peserta melangsingkan pinggang mereka ke tahap normal,
+ 76% daripada mereka yang menghidapi tahap tri-gliserida tinggi berjaya mengurangkan sukatan mereka itu,

+ Lebih separuh daripada peserta yang menghadapi masalah tahap glukosa darah dan kolesterol sebelum mengambil bahagian berjaya memperbaikinya.

Tiga peserta wanita akan bakal menimang cahaya mata setelah berjaya menunrunkan berat badan sebanyak sekutang-kurangnya 10% daripada berat badan asal.

Dr Zahara berkata objektif utama “Slim Shape Putrajaya” adalah untuk menggalakkan kakitangan Putrajaya Corp, penduduk Putrajaya, kakitangan awam, kakitangan sektor swasta dan lain-lain di ibu negara yang bimbang dengan isu-isu kesihatan berusaha mengurangkan berat badan mereka.

Seseorang boleh mengubah penampilan dan personalitinya dengan mencapai berat badan idealnya, kata Dr Zahara.

Naib Presiden Kanan (Perkhidmatan Korporat), Perbadanan Putrajaya Datuk Muhammad Haitamin bin Ishak telah merasmikan majlis penutup program. Turut hadir Prof Dr Imran Ho Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UKM.