Pelumba Ulung Basikal Gunung Malaysia Menjuarai Cabaran Amal Basikal Gunung UKM

KHAMIS, 22 MEI 2014 11:23

Oleh Athirah Abdul Aziz
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 22 Mei 2014 – Pelumba nombor satu basikal gunung Malaysia, Ahmad Fauzan Ahmad Lutfi telah menjuarai Cabaran Amal Basikal Gunung UKM 2014 bagi kategori Terbuka Lelaki yang berlangsung di sini Ahad lepas.

Beliau baru sahaja memenangi tempat kedua di Kejohanan Setia Alam Eco Challenge sebelum itu. Fauzan juga telah mengambil bahagian dalam Le Tour de Langkawi sejak tahun 2005 bersama pasukan kebangsaan.

Tempat kedua dimenangi oleh pelumba ‘Pilot 1’ untuk pasukan para-cycling negara yang akan mengambil bahagian dalam Sukan Asia dan Sukan Komanwel kelak, Razif Salleh.

Tempat ketiga, keempat dan kelima bagi kategori Lelaki Terbuka dimenangi Salahuddin Mat Saman, Hakimi Han dan Mohd Zukri bin Tahir.

Seramai 89 pengayuh telah mengambil bahagian untuk pelbagai kategori Terbuka, Junior, Senior Veteran dan Junior Veteran lelaki dan perempuan.

Cabaran Amal itu dianjurkan pelajar ijazah sarjana dalam pengurusan sukan (FPEND).

Pengarah program Mohd Noor Ridhwan bin Dollah berkata cabaran itu bertujuan mengutip dana untuk Persatuan Warga Emas Hulu Langat, Pusat Autisme dan Tabung Kewangan Pelajar Sukan, UKM.

Perlumbaan bermula dan selesai di ruang terbuka di hadapan Dewan Gemilang, UKM. Ia ditaja oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Kumpulan Viewnet, Ciclista, Endurace, Gatorade dan restoran Ameer Ali.

Berikut ialah senarai pemenang:

Terbuka Lelaki

Pertama: Ahmad Fauzan Ahmad Lutfi

Kedua: Razif bin Saleh

Ketiga: Salahuddin Mat Saman

Keempat: Hakimi Han

Kelima: Mohd Zukri bin Tahir

Terbuka wanita

Tempat pertama: Shamsufazura Samsudin

Kedua: Noor Azian Maslin Sazali

Ketiga: Nurul Akhmar Abd Latib

Keempat: Nurul Nas Raihan Jasmi

Kelima: Nur Aina Ayu Roslan dan Nur Farahin Nor Hasmat

Junior lelaki

Pertama: Muhd Anas Faizal bin Mohd Amair

Kedua: Izzat Haiqal Zamarul Hisham

Ketiga: Muhd Afiq Zamri

Senior Veteran

Pertama: Muhd Razali

Kedua: Rosley Bin Dolmat

Ketiga: Rafi Ravi

Junior Veteran

Pertama: Mohamad Zukri bin Tahir

Kedua: Shaiful Ahmad

Ketiga: Zamzi bin Mohamad