UKM Turut Bertafakur Untuk Mangsa Tragedi MH17

ISNIN, 25 OGOS 2014 08:48

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Abd Raai Osman

BANGI, 22 Ogos 2014 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini turut menyertai upacara Malaysia Berkabung dengan bertafakur selama seminit sempena istiadat penghormatan ketibaan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17.

Warga UKM dengan dipimpin Naib Canselor Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali telah membaca Al-Fatihah bagi umat Islam serta acara berkabung mengikut agama dan adat masing-masing bagi yang bukan Islam pada pukul 10.30 pagi di Persada Canselori di sini.

Timbalan-timbalan Naib Canselor Prof Dato’ Dr Mazlin Mokhtar, Prof Dato’ Saran Kaur Gill dan Prof Ir Dr Riza Atiq Abdullah OK Rahmat turut menyertai upacara singkat itu bersama wakil-wakil dari fakulti, institusi, pusat dan jabatan.