Latar Belakang
Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher (ORL-SKL) adalah sebuah jabatan klinikal di
Fakulti Perubatan UKM. Ia terletak di Tingkat 9, Blok Klinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher (ORL-SKL) telah berkembang dari tahun ke
tahun sehingga sekarang telah mempunyai 15 tenaga pengajar iaitu 5 orang pensyarah berstatus
Profesor, 5 orang Pensyarah berstatus Pensyarah Profesor Madya, 4 orang berstatus
Pensyarah Perubatan dan 1 orang berstatus Pensyarah Perubatan Pelatih. Selain itu, Jabatan
Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher (ORL-SKL) dibantu juga oleh kakitangan sokongan yang
terdiri daripada 1 orang Pegawai Sains, 1 orang Penolong Pegawai Tadbir, 2 orang Pembantu Tadbir,
1 orang Setiausaha pejabat dan 1 orang Pembantu Operasi jabatan.
Tugas utama Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher (ORL-SKL) adalah untuk memberi
pengajaran dalam bidang ORL kepada pelajar pra–siswazah, pasca-siswazah dan juga latihan
sub-kepakaran dalam bidang ORL seperti Laringologi, Pembedahan Kepala dan Leher dan
Neuro-Otologi dan juga menjalankan penyelidikan dalam bidang yang berkaitan dengan ORL. Proses
pengajaran di Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher (ORL-SKL) turut melibatkan
pengajaran kepada pelajar-pelajar prasiswazah dari Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan
Bersekutu. Selain itu, jabatan juga memberi perkhidmatan khusus dan menyeluruh kepada pesakit
yang menghidapi gangguan dan pelbagai penyakit Telinga, Hidung, Tekak serta Kepala dan Leher.