ANUGERAH DAN APRESIASI

Anugerah Bitara (Kategori Pengajaran) merupakan salah satu kategori Anugerah Bitara UKM. Ia merupakan program tahunan Universiti di mana ianya bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu yang cemerlang dalam membudaya, memperkasakan aktiviti, menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menghasilkan graduan yang cemerlang.

Enam (6) kelompok Anugerah Bitara Pengajaran:

> Sains Tulen

> Sains Gunaan

> Sains Kesihatan

> Kejuruteraan

> Sastera dan Sains Sosial

> Sastera Gunaan

> Sains Sosial Gunaan

Majlis Apresiasi Pengajaran AktivUKM

Majlis Apresiasi Pengajaran AktivUKM diwujudkan selari dengan aspirasi UKM bagi pendigitalan pendidikan seiring dengan Lembayung TERAS UKM yang menegaskan nilai kebitaraan dan prakarsa “digital” merangkumi infrastruktur dan infostruktur, pedagogi dan ekologi, pembudayaan, kelestarian dan governan bagi pendidikan digital dan futuristik.

Majlis Apresiasi Pengajaran AktivUKM bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga akademik yang terlibat secara aktif dan telah memberi sumbangan dalam program Pengajaran dan Pembelajaran.

Anugerah ini mempunyai empat (4) kategori:

>Anugerah Pengajaran Antarabangsa

>Anugerah Pembelajaran AktivUKM

>Anugerah Pembelajaran Teradun

>Anugerah MOOC Terbaik

Kategori Anugerah :

No

ANUGERAH

KATEGORI

1

Anugerah Pengajaran Antarabangsa

  1. Apple Profesional Learning Specialist
  2. Apple Learning Leader
  3. Apple Teacher
  4. Kategori Pensyarah
  5. Kategori Pengurusan & Profesional dan Staf Sokongan
  6. Microsoft Innovative Educator
  7. Google Certified Educator
  8. Kahoot Verified User


2

Anugerah Pembelajaran AktivUKM


3

Anugerah Pembelajaran Teradun

  1. Kategori Fakulti
  2. Peratusan Pembelajaran Teradun Tertinggi bagi Fakulti Bersaiz Besar
  3. Peratusan Pembelajaran Teradun Tertinggi bagi Fakulti Bersaiz Kecil
  4. Kategori Institut dan Pusat
  5. Peratusan Pembelajaran Teradun Terbaik bagi Institusi dan Pusat


4

Anugerah MOOC Terbaik

  1. Kategori Peratusan Penglibatan Aktif Pelajar Paling Tinggi
  2. Kategori Bilangan MOOC Paling Tinggi Mengikut Fakulti
  3. Kategori Bilangan Pendaftaran Pelajar Paling Tinggi Mengikut Fakulti


Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) & Anugerah Akademik Negara (AAN)

Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) adalah anugerah dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan bertujuan untuk mengenalpasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta inisiatif yang telah dilaksanakan samada di peringkat institusi atau individu dalam empat kategori iaitu Kurikulum Program Pengajian Inovatif, Pengajaran Transformatif, Pentaksiran Alternatif, dan Pengalaman Pembelajaran Imersif. Anugerah Akademik Negara (AAN) juga adalah anugerah dari KPT yang menjadi wadah bagi mengiktiraf dan menyanjung ahli akademik negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam pelbagai bidang ilmu.  Bahagian Kecemerlangan dan Kualiti Pengajaran bertindak sebagai penyelaras bagi menguruskan pencalonan UKM ke anugerah AKRI dan juga AAN (Kategori Pengajaran).

AKTIVITI

AAN/AKRI

Sambutan Bulan Akademia UKM dan Majlis Apresiasi Pengajaran AktivUKM

Sambutan Bulan Akademia UKM diadakan dengan pelbagai aktivti di sepanjang bulan Oktober bagi meraikan sumbangan, pencapaian dan pengorbanan para pensyarah kepada dunia akademia selain menghargai jasa keilmuan dan pemikiran terkehadapan para akademik di peringkat pendidikan tinggi. Sambutan ini turut diraikan bersama Majlis Apresiasi Pengajaran AktivUKM yang bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga akademik yang terlibat secara aktif dan telah memberi sumbangan dalam program Pengajaran dan Pembelajaran.

Majlis Apresiasi diwujudkan selari dengan aspirasi UKM bagi pendigitalan pendidikan seiring dengan Lembayung TERAS UKM yang menegaskan nilai kebitaraan dan prakarsa “digital” merangkumi infrastruktur dan infostruktur, pedagogi dan ekologi, pembudayaan, kelestarian dan governan bagi pendidikan digital dan futuristik.

Anugerah ini mempunyai empat (4) kategori iaitu Anugerah Pengajaran Antarabangsa, Anugerah Pembelajaran AktivUKM, Anugerah Pembelajaran Teradun dan Anugerah MOOC Terbaik.

AKTIVITI

Sambutan Bulan Akademia dan Majlis Apresiasi