OSEM

Sarjana Muda Sains Sosial dan Kemanusiaan dalam Pengurusan Keselamatan dan
Persekitaran Pekerjaan dengan Kepujian
PENGENALAN

Program Sarjana Muda Sains Sosial dan Kemanusiaan dalam Pengurusan Keselamatan dan
Persekitaran Pekerjaan dengan Kepujian merupakan program prasiswazah baharu yang
ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
bermula Semester 1 Sesi Akademik 2025/2026. Program ini bertujuan melahirkan graduan
yang berpengetahuan, berkemahiran dan beretika dalam pengurusan keselamatan, kesihatan
dan persekitaran pekerjaan merentasi pelbagai sektor industri.
Berteraskan pendekatan sains sosial dan kemanusiaan, program ini mengintegrasikan ilmu
pengurusan, dasar, tingkah laku organisasi, penyelidikan sosial serta amalan keselamatan dan
persekitaran pekerjaan yang mampan. Penawaran program ini adalah sejajar dengan
keperluan semasa negara dan industri dalam menangani isu kemalangan pekerjaan, kesihatan
pekerjaan dan kesejahteraan tenaga kerja, khususnya dalam konteks pembangunan modal
insan yang lestari.
Program ini menyokong secara langsung Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable
Development Goals, SDG), khususnya SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, melalui
penekanan kepada pencegahan kemalangan, pengurusan risiko dan perlindungan kesihatan
pekerja; serta SDG 8: Pekerjaan yang Layak dan Pertumbuhan Ekonomi, dengan melahirkan
graduan yang kompeten dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, produktif dan
berdaya saing. Selain itu, program ini turut menyokong pelaksanaan Pelan Induk
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2026–2030 (OSHMP30) dengan
mempersiapkan graduan sebagai agen perubahan dalam memperkukuh budaya pencegahan,
pengurusan risiko dan pematuhan keselamatan di tempat kerja.
Melalui kurikulum yang menekankan pembelajaran berasaskan pengalaman, latihan industri
dan penyelesaian masalah dunia sebenar, graduan program ini berkeupayaan menyumbang
secara signifikan sebagai profesional dalam bidang pengurusan keselamatan, kesihatan dan
persekitaran pekerjaan, sekali gus menyokong agenda pembangunan negara dan
kesejahteraan masyarakat.
VISI PROGRAM
Menjadi program prasiswazah terkehadapan dalam bidang Pengurusan Keselamatan dan
Persekitaran Pekerjaan berteraskan sains sosial dan kemanusiaan, yang melahirkan graduan
kompeten, beretika dan berdaya saing dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat,
sihat dan lestari di peringkat nasional dan global.
MISI PROGRAM
Menyediakan pendidikan holistik berasaskan sains sosial dan kemanusiaan untuk melahirkan
graduan yang berpengetahuan, berkemahiran, beretika dan berkeupayaan mengurus
keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan secara berkesan, selaras dengan keperluan
industri, SDG 3, SDG 8 dan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
2026–2030 (OSHMP30).

MATLAMAT PROGRAM
Program ini bermatlamat untuk:
1. Melahirkan graduan yang kompeten dalam pengurusan keselamatan, kesihatan dan
persekitaran pekerjaan berasaskan pendekatan sains sosial dan kemanusiaan.
2. Membentuk profesional yang mampu menyumbang kepada pencegahan kemalangan
pekerjaan, peningkatan kesejahteraan pekerja dan pembudayaan persekitaran kerja
selamat.
3. Menyediakan tenaga kerja berkemahiran yang menyokong keperluan industri dan
pembangunan ekonomi negara selaras dengan prinsip pekerjaan yang layak dan mampan.
4. Menghasilkan graduan yang berupaya menjadi agen perubahan dalam menyokong
pelaksanaan dasar, polisi dan pelan tindakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
peringkat organisasi dan negara.
KEMASUKAN PELAJAR
Urusan pemilihan kemasukan pelajar tidak dikendalikan oleh pihak Program atau Pusat tetapi
dalam bidang kuasa Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Kementerian ini bertanggungjawab menyelaraskan
dasar pemilihan dengan situasi pembangunan negara dan ketetapan Kabinet.
Pemohon perlu memenuhi syarat am universiti dan syarat keperluan khas program seperti
berikut:
Syarat Kelayakan :
 Sarjana Muda Sains Sosial dan Kemanusiaan dalam Pengurusan Keselamatan
dan Persekitaran Pekerjaan dengan Kepujian
a.   Kelayakan minimum calon STPM/setaraf
 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan baik; dan
 Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia, lulus mata pelajaran
Sejarah, dan sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik dan satu
(1) mata pelajaran Sains (Biologi/Fizik/Kimia/Sains Am) di peringkat SPM; dan
 Lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00; dan
 Calon hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris dengan mendapat
Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET) / TOEFL: 600
/ IELTS: 6.0.
b.   Kelayakan minimum calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) /setaraf
 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan baik; dan
 Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia, lulus mata pelajaran
Sejarah, dan sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik dan satu
(1) mata pelajaran Sains (Biologi/Fizik/Kimia/Sains Am) di peringkat SPM; dan
 Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya
mendapat pangkat Jayyid Jiddan; dan
 Calon hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris dengan mendapat
Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET) / TOEFL: 600
/ IELTS: 6.0.

c.  Kelayakan minimum calon Matrikulasi KPM / Asasi Sains / A-Level
 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan baik; dan
 Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia, lulus mata pelajaran
Sejarah, dan sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik dan satu
(1) mata pelajaran Sains (Biologi/Fizik/Kimia/Sains Am) di peringkat SPM; dan
 Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains / A-Level dengan mendapat sekurang-
kurangnya PNGK 3.00; dan
 Calon hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris dengan mendapat
Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET) / TOEFL: 600
/ IELTS: 6.0.
c.  Kelayakan Minimum Calon Kelayakan Setaraf
 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan baik; dan
 Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia, lulus mata pelajaran
Sejarah, dan sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik dan satu
(1) mata pelajaran Sains (Biologi/Fizik/Kimia/Sains Am) di peringkat SPM; dan
 Mempunyai kelulusan Diploma (Aras 4, MQF) dengan sekurang-kurangnya PNGK
3.00, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Vokasional Malaysia
(DVM) atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia
dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
 Calon hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris dengan mendapat
Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET) / TOEFL: 600
/ IELTS: 6.0.
CARA MEMOHON
Pelajar Tempatan
Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM
dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi
Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai
Januari hingga April setiap tahun.
Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my