PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN, SOSIAL & PERSEKITARAN

 Center for Research in Development, Social and Environment

Mission, Vision, Objektif

PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN PERSEKITARAN

PENGENALAN

Pusat Kajian Pembangunan Sosial dan Persekitaran berperanan sebagai penjana dan pengembang ilmu pengetahuan mengenai masyarakat, kebudayaan, pembangunan dan persekitaran fizikal menerusi satu skop yang luas, tetapi terfokus, dengan cara menggandingkan keilmuan sains sosial dalam bidang antropologi, sosiologi, geografi dan sains pembangunan. Pusat Kajian ini juga berhasrat melahirkan satu persekitaran pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan wacana yang peka kepada pelbagai aliran pemikiran terkini tentang masyarakat dan kebudayaan, cabaran pembangunan dan isu persekitaran.

OBJEKTIF KUALITI

  • Program pengajian disemak semula sekurang-kurangnya setiap lima tahun sekali
  • Kertas cadagan program pengajian baru dibentang ke Senat dalam tempoh tiga bulan selepas dokumen lengkap dihantar untuk tujuan akreditasi sementara program berkenaan.
  • Memaklumkan tawaran kemasukan pelajar baru selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh mula semester.
  • Menghebahkan maklumat pendaftaran kepada pelajar lama sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum tarikh pendaftaran
  • Pendaftaran pelajar dilaksanakan seperti perancangan.
  • Mengendalikan program pengajian selaras dengan perancangan pengajaran Fakulti/Institut/Pusat.
  • Mencapai skor kepuasan pengajaran di Fakulti/Pusat/Institut secara purata melebihi 75%
  • Peratusan pelajar yang gagal menamatkan pengajian dalam tempoh maksimum pengajian tidak melebihi 10%.
  • Memaklumkan jadual peperiksaan kepada pelajar sekurang-kurangnya seminggu sebelum peperiksaan bermula.
  • Tiada kesilapan dalam kertas soalan peperiksaan
  • Tiada kesilapan dalam pemarkahan peperiksaan dan pemasukan gred.
  • Memaklumkan keputusan peperiksaan kepada pelajar sebelum semester bermula.
  • Peperiksaan lisan diadakan dalam tempoh sebulan selepas laporan peperiksan tesis/disertasi diterima.

Translate »