Program PHD

POSTGRADUATE

PHD yang ditawarkan:

Sarjana Falsafah

  • Geografi     
  • Sains Pembangunan                                                                                                                                
  • Pengurusan Persekitaran                                                                                                                         
  • Antropologi dan Sosiologi
Mod Pengajian: Penyelidikan
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa

Bidang Penyelidikan

I) Antropologi dan Sosiologi
Antropologi Agama, Antropologi Ekonomi, Kajian Minoriti dan Sub-Budaya, Antropologi Politik, Antropologi Pemakanan dan Kesihatan, Hubungan Perusahaan, Sosiologi Pembangunan, Kajian Gender, Etnografi Malaysia dan Asia Tenggara, Sosiologi Industri, Perubahan Sosial dan Pembangunan, Sosiologi Devians dan Kriminologi, Sosiologi Bandar, Pembangunan Sosial, Pembangunan Komuniti, Perancangan Sosial, Organisasi Kompleks dan Sosiologi Pendidikan.

II) Geografi
Geomorfologi, Meteorologi, Kaji iklim Gunaan, Pengurusan Alam Sekitar, Geografi Perubatan, Geografi Penduduk dan Kesejahteraan Sosial, Geografi Pertanian dan Pembangunan, Perancangan Pengangkutan Bandar, Geografi Politik dan Polisi Awam, Kajian Petempatan, Pembandaran, Geografi Perindustrian, Geografi Asia Tenggara dan Aplikasi RS/GIS/GPS.

III) Sains Pembangunan
Wanita dan Gender dalam Pembangunan, Kelestarian Pembangunan, Politik Pembangunan, Kependudukan dan Pembangunan, Perancangan dan Pembangunan, Keefisienan Bandaraya, Jaringan Strategik Malaysia-Indonesia, Pelancongan, Sosiologi Pembangunan, Etnisiti dan Pembangunan, Pembangunan Sumber Manusia, Pembangunan Hartanah, Pembangunan Perumahan, Keusahawanan, Pembangunan Komuniti, Perakaunan Sosial dan Alam Sekitar.

IV) Pengurusan Persekitaran
Pengurusan, Pentadbiran dan Perundangan Alam Sekitar, Etika Alam Sekitar, Ekologi dan Ekosistem, Ekonomi Alam Sekitar, Kawalan Pencemaran Alam Sekitar, Penilaian Impak Alam Sekitar, Sistem Pengurusan Persekitaran, Audit Alam Sekitar, Pengurusan Bencana dan Risiko Persekitaran, Pengurusan Persekitaran Bandar, Pengurusan Lembangan Saliran, Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan.


Cara Memohon

  1. Calon perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui: http://www.ukm.my/join/    &    www.ukm.my/studyukm/phd-social-sciences-humanities/
  2. Pengambilan untuk mod kerja kursus dan mod campuran dibuka dua kali setahun, iaitu setiap Oktober hingga November (untuk pengambilan Februari berikutnya) dan setiap April hingga Mei (untuk pengambilan bulan September).
  3. Permohonan untuk program mod penyelidikan boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun.
  4. Tempoh untuk program Sarjana memerlukan 2 hingga 4 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 4 hingga 8 semester untuk pengajian secara sambilan dan untuk program Doktor Falsafah adalah 6 hingga 12 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 8 hingga 14 semester untuk pengajian secara sambilan.

Hubungi:
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel : +603-8921 5145 / 5286
Faks: +603-8925 2836
Emel: shadira@ukm.edu.my
Laman Web : www.ukm.my/fssk