| |

Memacu Inovasi, Menerajui Transformasi:  Penyertaan Perpustakaan dalam Konvensyen KIK UKM Ke-26

Wajah ceria para peserta INTRA UKM Bil. 2/2025 bergambar kenangan selepas mengikuti sesi bengkel yang berlangsung di Ehsan Seaview Hotel, Port Dickson
Kenangan bersama peserta Bengkel Inovasi dan Transformasi UKM (INTRA UKM) Siri 4/2026 di hadapan Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM

menjalankan proses pemeriksaan serta pemantauan keberkesanan, dan akhirnya melaksanakan penyeragaman bagi memastikan hasil penambahbaikan dapat dikekalkan secara konsisten. Selain itu, bimbingan berterusan daripada ahli Jawatankuasa INTRA UKM turut membantu memastikan setiap projek memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan.

Bagi penyertaan kali ini, Kumpulan Arkivis telah menerima Anugerah Inovasi Harapan sebagai pengiktirafan terhadap potensi dan impak projek yang diketengahkan. Kumpulan Mizan pula berjaya meraih Anugerah Poster Terbaik serta Hadiah Saguhati, manakala Kumpulan Serve-U turut menerima Hadiah Saguhati. Pencapaian ini jelas menunjukkan kesungguhan dan komitmen tinggi ahli kumpulan dalam menghasilkan projek yang berkualiti dan relevan dengan keperluan organisasi.

Sepanjang sesi latihan ini, para peserta telah didedahkan dengan teknik penyediaan dokumentasi projek yang komprehensif dan sistematik, bermula daripada proses pemilihan serta penentuan skop masalah, perincian definisi dan latar belakang isu, penetapan sasaran yang jelas dan terukur, sehinggalah kepada analisis punca masalah menggunakan kaedah yang bersesuaian. Seterusnya, peserta turut dibimbing dalam merangka cadangan penyelesaian, melaksanakan tindakan penambahbaikan,

Kumpulan Arkivis menerima Anugerah Inovasi Harapan sebagai pengiktirafan terhadap idea inovatif yang diketengahkan dalam pertandingan inovasi

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *