| |

LSP55: Di Sebalik Ribuan Langkah Warga Perpustakaan UKM

Debaran Majlis Penutup 

Setelah berminggu-minggu berhempas-pulas, detik yang penuh debaran akhirnya tiba pada 16 Oktober 2025 (Khamis) bertempat di Bilik Serbaguna, Aras 2, PTSL. Majlis penutup yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari itu dihadiri oleh peserta dengan penuh keterujaan. 

Sebelum keputusan diumumkan, majlis diserikan dengan sesi perkongsian kesihatan yang sangat informatif bersama wakil dari Yakult Malaysia bertajuk “Stress and Your Immune System”. Sesi ini mengupas hubung kait tekanan harian dengan sistem imun badan, satu ilmu yang sangat selari dengan objektif kesejahteraan holistik program ini. Bukan itu sahaja, suasana majlis penutup bertambah ceria dan ‘sihat’ apabila pihak Yakult dengan murah hatinya turut menaja hampir 100 botol minuman Yakult untuk dinikmati oleh para peserta. 

Lebih meriah apabila urusetia program juga telah menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada semua peserta dan memastikan tiada sesiapa pun yang pulang dengan tangan kosong dan masing-masing gembira membawa pulang hadiah kenang-kenangan.

Setelah 11 minggu bertarung, berikut adalah senarai penuh juara yang berjaya menakluki carta LSP55:

Kategori Kumpulan: Gabungan Langkah & Penurunan Berat (Hadiah: RM500.00)

Pemenang Kumpulan 9:
Mohd Afiq Suimeyami
Zaiful Ezwan Ab. Rashid
Nona Zurena Masenwat
Fatimah Kamilah Awang

Kategori Kumpulan: Jumlah Langkah Terbanyak (Hadiah: RM500.00)

Pemenang Kumpulan 11:
Liyana Jasman
Abdul Zhafir Abdul Rashid
Shahril Aiman Ahmad Sharudin
Muhamad Khairul Ibrahim

Kategori Kumpulan: Paling Banyak Turun Berat (Hadiah: RM400.00)

Pemenang Kumpulan 8:
Mohd Zohdi Haron
Mohamad Shazwan Hilmi Sharifuddin
Mohd Firdaus Mhd Taha
Anis Rohaiza Rosli

Kategori Individu (Hadiah: RM100.00 seorang)

Langkah Terbanyak: Abdul Zhafir Abdul Rashid

Penurunan Berat Badan Terbanyak (Lelaki): Mohd Zohdi Haron

Penurunan Berat Badan Terbanyak (Wanita): Nurul Ain Afiqah Zaidi

Kategori Khas (Hadiah: RM250.00) – Kumpulan Paling Komited Mengisi Data

Pemenang Kumpulan 1:
Mohd Zukhairi Abdullah
Radiyana Abdul Rahman
Zabariah Harun
Noor Marina Yusof

Kejayaan dan kemeriahan LSP55 pastinya tidak lengkap tanpa sokongan padu barisan penaja budiman. Terima kasih diucapkan dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Al-Ikhsan Sports, Allan D’Lious Marketing, Alpro Pharmacy, Yakult Malaysia, Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan (KKWP), Program Buku Jalanan Chow Kit (BJCK), serta para penyumbang individu atas sumbangan yang diberikan. Segala tajaan dan sokongan ini bukan sahaja menyuntik keterujaan luar biasa buat peserta, malah menjadi nadi utama dalam merealisasikan agenda gaya hidup sihat warga Perpustakaan UKM. Terima kasih daun keladi, semoga jalinan kerjasama ini diteruskan lagi pada masa akan datang.

LSP55 Yang Meninggalkan Kesan

Selepas tirai program dilabuhkan, satu analisis telah dilakukan menerusi edaran borang maklum balas Google Form, dan hasil respon yang diterima ternyata sangat luar biasa serta menyentuh hati. Rata-rata peserta memberikan maklum balas yang sangat positif dan mengakui bahawa LSP55 telah menjadi pencetus motivasi untuk mereka lebih rajin dan konsisten melakukan aktiviti brisk walk dalam rutin harian. Program ini berjaya meningkatkan tahap kesedaran menjaga kesihatan diri, di samping menjadi platform terbaik dalam membantu peserta menurunkan berat badan serta mengekalkan berat badan yang ideal.

Impak sosial yang tercipta di sebalik kesibukan tugas harian juga sangat mengagumkan. LSP55 telah merapatkan hubungan silaturahim, mewujudkan komunikasi yang lebih santai, serta meningkatkan kerjasama erat antara rakan sekerja. Gabungan kepelbagaian aktiviti yang diatur bukan sahaja menyeronokkan, malah berjaya melonjakkan semangat berpasukan yang tinggi sehingga suasana di pejabat terasa lebih ceria dan positif. Melihat kepada impak dan gelombang sihat yang luar biasa ini, tidak hairanlah jika ruangan ulasan dibanjiri dengan harapan yang sama daripada para peserta, mereka berharap LSP diteruskan sebagai program tahunan warga Perpustakaan. Bagi warga Perpustakaan UKM, langkah kecil itu telah berjaya membawa ribuan ‘kilometer kenangan manis’ dan semangat kebersamaan.

Tahniah kepada semua peserta! 😉

Siaran Serupa

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *