Pusat Kebudayaan Universiti

 Universiti Kebangsaan Malaysia

LATIHAN INDUSTRI

Oleh: Iskandar Zulkipli
Foto: Amar Baharudin

Latihan Industri merupakan satu komponen untuk keperluan bergraduasi di Universiti Awam. Antara objektif utamanya adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa membiasakan diri dengan operasi, pentadbiran dan pembentukan sesuatu organisasi dimana iainya akan dapat melahirkan pekerja yang beretika dan mempunyai nilai diri yang baik.

Pusat Kebudayaan Universiti telah menerima seramai sembilan orang pelajar yang memohon membuat latihan industri untuk melengkapkan laporan akhir sebelum menamatkan pengajian. Tujuh daripadanya merupakan pelajar pengajian diploma dalam bidang muzik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dan selebihnya adalah pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia;mengambil pengajian ijazah dalam bidang sains politik dan bidang pengajian kesusasteraan melayu.

Diharapkan dengan segala ilmu yang diperolehi sepanjang menjalankan latihan industri bermula jun dan berakhir pada penghujung bulan Ogos ini, akan dapat membantu memudahkan mereka setelah memasuki alam pekerjaan dan seterusnya akan meninggallkan banyak kenangan manis sepanjang berada di Pusat Kebudayaan Universiti yang akan terus diingati.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

- Diploma Muzik

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Sarjanamuda Sains Sosial -