Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

Pusat Kebudayaan Universiti

Latar belakang

Program Kembara Siswa Patriotik merupakan acara tahunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai langkah ke arah memupuk, menggalakkan mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) cintakan negara serta memelihara semangat perpaduan.

Program Kembara Siswa Patriotik terkini telah dianjurkan pada tahun 2019 dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan berlangsung dua fasa iaitu Jelajah Siswa Patriotik selama 3 hari 2 malam mulai 21 hingga 23 Ogos 2019 dan Kemuncak Kembara Siswa Patriotik pada 7 September 2019 di USM.

Program Kembara Siswa pada tahun lepas terpaksa ditunda berikutan situasi penularan COVID-19 di negara dan digantikan dengan pengisian 20 program berunsur patriotisme dan perpaduan nasional di semua UA.

Program Kembara Siswa 2021 telah mendapat kelulusan di peringkat JPT pada 4 Mei 2021 untuk dijalankan pada tahun ini berdasarkan norma baharu iaitu secara dalam talian dan hybrid berikutan penularan COVID-19.

Objektif

Memupuk semangat cintakan negara di kalangan warga mahasiswa

Memupuk kesedaran patriotik dan semangat perpaduan warga IPT

Merakyatkan seni budaya di kalangan mahasiswa khususnya dalam bidang dendangan syair

Tarikh Pertandingan

10 Ogos - 10 september 2021

perincian program

Pelajar IPTA

Terbuka kepada semua pelajar UA warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana secara sepenuh masa.

Rakaman Persembahan

Peserta perlu menghasilkan rakaman video dendangan syair dan dimuatnaik ke Youtube. Pautan video tersebut hendaklah disertakan bersama Borang Permohonan.

Suara Yang Jelas

Audio yang dirakam mestilah oleh penyair sendiri, secara langsung dan dalam satu rakaman (one take). Ia mestilah tanpa sebarang gangguan persekitaran.

Persembahan Solo

Pertandingan ini merupakan dendangan secara solo menggunakan irama dan teks syair pilihan dan persembahan satu (1) syair sahaja.

Karya Syair

Pilihan syair adalah bebas tetapi haruslah bertemakan “Malaysia Prihatin” dan mendapat kebenaran daripada pengkarya asal.

Keputusan Muktamad

Peserta akan diadili oleh Panel juri Profesional yang dilantik oleh penganjur. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan dalam apa jua bentuk tidak akan dilayan.

hadiah

2x Saguhati

Kreativiti Video Terbaik

Teks Syair Terbaik

Penerapan Nilai, Semangat Patriotisme & Perpaduan Nasional Terbaik

Khas Juri

Borang Penyertaan

Tertakluk dengan syarat dan peraturan pertandingan.
DIBUKA

Urusetia

Pegawai

Puan Noor Faliza Hanim Roslan

Whatsapp

60172366521

Emel

faliza@ukm.edu.my