MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG)

Sumbangan UKM kepada seni tempatan dapat dilihat melalui jumlah persembahan awam tahunan oleh kumpulan kesenian dibawah Pusat Kebudayaan Universiti (PUSKEB).

Setiap tahun Puskeb sentiasa mengadakan pelbagai persembahan kebudayaan, merangkumi produksi teater, konsert muzik, seminar kebudayaan serta persembahan tarian tradisional.

Acara-acara ini menonjolkan komitmen berterusan UKM dalam mempromosikan seni tempatan serta menyediakan peluang kepada orang ramai untuk menikmati kekayaan tradisi budaya Malaysia.