Solar Energy Research Institute

Institut Penyelidikan Tenaga Suria | Solar Energy Research Institute

Pihak Universiti mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi

untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan:

PENSYARAH UNIVERSITI DS51

  1. Syarat-Syarat Pelantikan Pensyarah Universiti Gred DS51

  1. Kelayakan

    1. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

  1. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang tinggi mutunya:

    1. menerbitkan tiga (3) penulisan dalam jurnal yang diindeks oleh Scopus/ISI atau sebuah buku berwasit terbitan penerbit tersohor sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Universiti DS51(semasa berkhidmat sebagai Tutor atau Pensyarah Sementara atau pengajian di peringkat Ph.D; dan

    2. telah membentang kertas kerja sekurang-kurangnya sekali di dalam persidangan

dalam bidang pengajian; dan

  • mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang yang berkenaan; dan

  1. Pengalaman bekerja dalam bidang berkenaan bagi satu tempoh yang bersesuaian atau pengalaman menjalankan penyelidikan dalam bidang berkenaan untuk satu tempoh yang bersesuaian sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Gred 51 atau semasa dilantik sebagai Tutor atau Pensyarah Sementara atau pengajian di peringkat Ph.D.

2.              Jadual Gaji

DS51: RM5,855.00 – RM12,445.00

3.              Keperluan Bahasa

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4.              Umur

Calon bagi lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun.

*Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan/Majikan masing-masing.

CARA MEMOHON JAWATAN PELANTIKAN:

  1. Sila layari laman web Universiti Kebangsaan Malaysia ukm.my dan klik pada pautan Kerjaya@UKM (Careers@UKM) bagi membuat permohonan secara dalam talian.

  1. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temu

  1. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan

  1. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Perjawatan dan Kenaikan Pangkat

Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar

Aras 1, Bangunan Perpusatakaan Lingkungan Ke-2 43600 UKM Bangi, Selangor

Emel : upjakademik@ukm.edu.my

Tarikh Buka Iklan : 7 Jun 2022 (Selasa) Tarikh Tutup Iklan: 20 Jun 2022 (Isnin)

Nota : Pengisian jawatan tertakluk kepada kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).