Anugerah Saintis Muda Negara 2025

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus komited mengiktiraf sumbangan dan kecemerlangan saintis muda dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) menerusi penganjuran Anugerah Saintis Muda Negara (ASMN) 2025 bagi lima (5) kategori pencalonan iaitu:
- ✅Fizik
- ✅Kimia
- ✅Biologi
- ✅Perubatan
- ✅Kejuruteraan
Perincian lebih lanjut mengenai syarat-syarat dan peraturan Anugerah Saintis Muda Negara Tahun 2025 bagi kategori serta urusan pencalonan adalah secara atas talian pada pautan https://tinyurl.com/AnugerahSaintisMudaNegara2025. Tarikh tutup pencalonan adalah pada 30 Ogos 2025. Sebarang soalan berkenaan penyelarasan di peringkat UKM pula boleh diajukan kepada Cik Jamilah Mohamed di talian 03 8921 5633 atau melalui e-mel jamm@ukm.edu.my.

