Anugerah Terbaik Akademik Bahasa Melayu
Anugerah Harapan Akademik Bahasa Melayu

Sukacita dimaklumkan pencalonan Anugerah Akademik Bahasa Melayu 2026 telah dibuka. Penganjuran anugerah ini bertujuan untuk meningkatkan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, terutamanya dalam kalangan warga pendidikan tinggi.

Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM sebagai sekretariat anugerah di UKM dengan sukacitanya mempelawa dan mengalu-alukan warga akademik UKM yang layak untuk menghantar pencalonan berdasarkan tatacara berikut:

  1. Meneliti syarat dan kriteria pada dokumen maklumat anugerah yang dilampirkan dan pada laman web penganjur; dan
  2. Melengkapkan borang permohonan serta mengembalikannya kepada kami melalui emel ke tpestrategi2@ukm.edu.my bagi tujuan penyelarasan pengesahan selewat-lewatnya pada Jumaat, 24 April 2026.

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan anugerah, sila hubungi urus setia AABM iaitu Bahagian Perancangan Strategik, KPT di talian 03-8870 6253 / 5391 / 5064 / 4563 / 5327. Sebarang pertanyaan berkenaan penyelarasan di peringkat UKM pula boleh diajukan kepada Puan Anis Farlini Ahmadol di talian 03 8921  3885 atau melalui e-mel anisahmadol@ukm.edu.my.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon.