ANUGERAH TEKNOLOGIS NEGARA 2026
ANUGERAH JURUTEKNIK NEGARA 2026
MBOT WOMAN LEADERSHIP AWARD 2026

Sukacita dimaklumkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) akan menyampaikan penganugerahan buat Teknologis Profesional dan Juruteknik Bertauliah negara bagi menghargai kejayaan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara dan masyarakat melalui anugerah berikut:
- Anugerah Teknologis Negara 2026
- Anugerah Juruteknik Negara 2026
- MBOT Woman Leadership Award 2026
Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM selaku sekretariat anugerah di UKM dengan sukacitanya mempelawa dan mengalu-alukan warga UKM yang layak untuk menghantar pencalonan berdasarkan tatacara berikut:
- Meneliti maklumat berkaitan anugerah seperti senarai semak dan tatacara pencalonan di sini;
- Memuat turun dan melengkapkan Borang Pencalonan dan Senarai Semak Dokumen Pencalonan yang dilampirkan di pautan di atas (Bahagian ‘Pengesahan Majikan’ pada borang boleh ditandatangani oleh Dekan/Pengarah); dan
- Menghantar pencalonan dengan memuat naik Borang Pencalonan, Senarai Semak Dokumen Pencalonan dan dokumen-dokumen lain yang telah lengkap diisi melalui Google Form ini selewat-lewatnya pada 15 Jun 2026 serta menghantar emel pemakluman kepada tpestrategi2@ukm.edu.my bagi tujuan rekod universiti.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan penyelarasan di peringkat UKM, warga boleh menghubungi Puan Anis Farlini Ahmadol di talian 03-89213885 atau anisahmadol@ukm.edu.my. Persoalan lanjut mengenai prosedur pencalonan dan lain-lain berkenaan anugerah boleh diajukan kepada sekretariat di MBOT melalui emel t.nabila@mbot.org.my / m.safwan@mbot.org.my.

