Anugerah Saintis Muda Negara 2026

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus komited mengiktiraf sumbangan luar biasa dan pencapaian cemerlang saintis muda dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) menerusi penganjuran Anugerah Saintis Muda Negara (ASMN) Tahun 2026 bagi lima (5) kategori pencalonan iaitu:

  • ✅Biologi
  • ✅Fizik
  • ✅Kimia
  • ✅Kejuruteraan
  • ✅Industri

Pencalonan ASMN pada tahun ini memfokuskan:

  • Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)
  • Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy)
  • Teknologi Angkasa (Space Technology)
  • Bahan Termaju (Advanced Materials)
  • Pembangunan Vaksin (Vaccine Development)
  • Unsur Nadir Bumi (Rare Earth Elements)

Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM selaku sekretariat anugerah di UKM dengan sukacitanya mempelawa warga akademik UKM yang layak untuk menghantar pencalonan berdasarkan tatacara berikut:

  1. Meneliti syarat dan kriteria Anugerah Saintis Muda Negara Tahun 2026 serta urusan pencalonan secara dalam talian pada pautan ASMN2026.; dan
  2. Melengkapkan borang pencalonan serta mengembalikannya kepada Pusat Strategi UKM melalui emel ke tpestrategi2@ukm.edu.my bagi tujuan penyelarasan pengesahan selewat-lewatnya pada Jumaat, 11 September 2026.

Sebarang soalan berkenaan penyelarasan di peringkat UKM boleh diajukan kepada Puan Anis Farlini Ahmadol di talian 03 8921 3885 atau melalui e-mel anisahmadol@ukm.edu.my. 

Sekian, terima kasih.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon.