UKM Memperkukuh Jaringan Global dan Aspirasi Kecemerlangan Universiti di Astana, Kazakhstan
UKM terus memperluas perspektif strategik menerusi penyertaan dalam III International Forum of Strategic Partners dan QS Eurasia Forum 2026 yang berlangsung di Astana, Kazakhstan pada 19 November 2026.
UKM diwakili oleh Timbalan Pengarah Eksekutif (Data Strategik), Sr Ts. Dr. Noraini Hamzah, dalam kedua-dua forum yang menghimpunkan pemimpin pendidikan tinggi dan rakan strategik antarabangsa. Sesi pembukaan III International Forum of Strategic Partners telah disempurnakan oleh Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, sekali gus menyerlahkan kepentingan forum ini sebagai platform kerjasama strategik di peringkat global.
Kedua-dua forum mengetengahkan perkongsian perspektif dan amalan terbaik dalam transformasi pendidikan tinggi, pengurusan universiti berasaskan data, kecerdasan buatan (AI), daya saing global serta kolaborasi antara institusi.
Penyertaan ini diharap dapat memberi nilai tambah kepada perancangan strategik UKM, khususnya dalam memperkukuh prestasi institusi, meningkatkan keterlihatan antarabangsa dan melonjakkan daya saing universiti dalam penarafan QS.
#StrategiUKM#UKM#QSEurasiaForum2026#GlobalEngagement#QSRankings#QSWorldUniversityRankings

