Latar Belakang Penubuhan
Pusat Strategi UKM (Strategi-UKM) telah ditubuhkan pada 1 Mei 2014 di bawah Pejabat Naib Canselor untuk memudah cara dan memantau pelaksanaan 6 KRA yang telah ditetapkan di semua peringkat.
Dalam usaha mempertingkat kecemerlangan universiti yang menjuarai pelbagai bidang, Pelan Strategik UKM 2014–2025 yang berasaskan enam (6) KRA telah digerakkan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Noor Azlan Ghazali pada tahun 2014. Pada tahun 2018, 18 inisiatif strategik yang merangkumi semua KRA telah dijenamakan sebagai TEKAD 18 bagi memperkukuh pelaksanaan pelan strategik tersebut.
Pada 24 September 2019, YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, selaku Naib Canselor melancarkan Pelan Strategik UKM 2019–2021 berkonsepkan House of Quality dan menekankan lima teras utama iaitu Penyelidikan, Akademik, Antarabangsa, Bakat dan Kewangan yang merangkumi 18 strategi sebagai paksi untuk memacu UKM ke tahap kecemerlangan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Dengan pelantikan YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman sebagai Naib Canselor pada 1hb Januari 2021, UKM terus diperkasakan dan dimantapkan dengan lima nilai TERAS dan lima kebitaraannya. Ia telah dilancarkan oleh Naib Canselor pada 10 Jun 2021 yang menjadi asas kepada Pelan Strategik TERAS UKM 2021-2025.
Kini, di bawah kepimpinan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh mulai 5 Jun 2025 sebagai Naib Canselor, beliau memperkenalkan TEKAD 57 berteraskan tiga nilai iaitu Iman, Ilmu dan Amal sebagai hala tuju UKM bagi tahun 2026-2030. Pelan ini menumpukan kepada lima fokus strategik dengan tujuh KPI untuk memperkukuh pembelajaran inklusif, kolaborasi antarabangsa, pemindahan ilmu, serta pemerkasaan identiti kebangsaan dan Bahasa Melayu. Kejayaannya bergantung kepada kesepaduan warga UKM dan sokongan pemegang taruh untuk memastikan sumbangan bermakna kepada masyarakat, daya saing negara dan masa depan lestari.

Pusat Strategi UKM (Strategi UKM) telah ditubuhkan pada 1 Mei 2014 di bawah Pejabat Naib Canselor untuk memudah cara dan memantau pelaksanaan 6 KRA yang telah ditetapkan di semua peringkat. Dalam usaha meningkatkan lagi kecemerlangan sebagai sebuah universiti yang menjuarai pelbagai bidang, UKM telah menggerakkan 18 inisiatif strategik yang melibatkan semua KRA mulai tahun 2018. Inisiatif ini dijenamakan sebagai TEKAD 18.
Dengan mengambil kira perubahan semasa dan pucuk pimpinan pada tahun 2019, Pelan Strategik UKM 2014 2025 yang berasaskan enam (6) KRA telah disemak semula. Sehubungan dengan itu, Pelan strategik baharu yang sesuai dengan situasi semasa dan fokus universiti, iaitu Pelan Strategik UKM 2019-2021 telah dibangunkan.
Dengan pelantikan YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman sebagai Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1 Januari 2021, UKM terus diperkasakan dan dimantapkan dengan lima nilai TERAS dan lima Kebitaraannya. Ia telah dilancarkan oleh Naib Canselor pada 10 Jun 2021 yang menjadi asas kepada Pelan Strategik TERAS UKM 2021-2025.
Untuk memastikan kejayaan Pelan Strategik TERAS UKM 2021-2025, Pusat Strategi, yang berada di bawah portfolio Naib Canselor, telah diberi tanggungjawab utama dalam merangka dan melaksanakan strategi serta inisiatif bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh UKM.

