Pembentangan Pencapaian Prestasi KPI Strategik Universiti Tahun 2025

Sesi Pembentangan Pencapaian Prestasi KPI Strategik Universiti Tahun 2025 telah berlangsung pada 25 Februari di Bilik Senat dan dipengerusikan oleh Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), sebagai wadah rasmi yang menghimpunkan kepimpinan universiti, dekan fakulti serta pengarah institut bagi melaksanakan penilaian menyeluruh dan berstruktur terhadap tahap pencapaian prestasi KPI yang telah digariskan.

Sesi ini bukan sahaja menilai pencapaian semasa berbanding sasaran strategik yang ditetapkan, malah turut memberi ruang kepada perbincangan berfokus mengenai jurang pencapaian, keperluan penambahbaikan, pengukuhan tadbir urus serta penyelarasan inisiatif agar selari dengan hala tuju dan pelan tindakan universiti, sekali gus memastikan setiap perancangan dilaksanakan secara berimpak tinggi, mampan dan berorientasikan hasil.

Sesi ini melibatkan pembentangan terperinci daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Undang-Undang, Fakulti Pergigian, Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik, Institut Biologi Molekul Perubatan, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Fakulti Pendidikan, Fakulti Farmasi, UKM-Graduate School of Business, Pusat Pengajian Citra Universiti dan Pusat Permata Pintar Negara, yang bukan sahaja melaporkan tahap pencapaian semasa, malah turut membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi di peringkat pelaksanaan, di samping merangka langkah-langkah intervensi yang lebih berfokus, berimpak tinggi dan mampan bagi memastikan setiap sasaran KPI dapat dicapai dengan lebih efektif serta terus memperkukuh kecemerlangan dan daya saing universiti di peringkat nasional dan antarabangsa.

Similar Posts