
Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada individu atau kumpulan yang menyumbang kepakaran dan hasil penyelidikan yang berimpak tinggi. Penyelidik (individu/kumpulan) tersebut mampu memberi sumbangan besar kepada bidang keilmuan, kemajuan universiti, masyarakat dan negara. Pemenang anugerah ini berpotensi untuk dicalonkan ke peringkat Kebangsaan atau Antarabangsa (contoh: Anugerah Merdeka, Anugerah Akademik Negara dan Anugerah Langkawi)
Syarat dan peraturan adalah berbeza bagi setiap anugerah yang ditawarkan. Sila muat turun borang untuk melihat syarat dan kriteria anugerah tersebut.
Dokumen disediakan di dalam bentuk Microsoft Word bagi kemudahan pengisian. Semua dokumen perlu diisi dimuat turun dan dilengkapkan. Setiap kategori mempunyai borang dan kriteria yang berbeza. Semua permohonan dan penyediaan bahan sokongan perlu mengikut keperluan setiap kategori tersebut.
| Nama Anugerah | Borang (Klik Ikon Di Bawah) |
| Anugerah Bitara Sarjana |
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Jun 2017 (Isnin) jam 5.30 petang. Borang penyertaan yang telah lengkap berdasarkan semua kriteria beserta bahan sokongan hendaklah diserahkan kepada Hj. Musa Zainal Abidin, Pejabat TNC Hal ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI), Aras 4 Bangunan Canselori untuk proses pengesahan pencalonan.
Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hj. Musa, di sambungan 5128 atau emelkan ke alamat asum@ukm.edu.my

