Sukacita dimaklumkan pencalonan ANUGERAH AKADEMIK NEGARA KE-16 telah dibuka. Pemberian anugerah ini adalah pengiktirafan tertinggi khusus untuk para sarjana Malaysia yang sedang atau pernah berkhidmat di IPT Malaysia berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang berikut:

  • Pengajaran
  • Penemuan ilmu
  • Penulisan dan penerbitan ilmiah dan kreatif
  • Pemindahan dan pengembangan ilmu

Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM sebagai sekretariat anugerah di UKM dengan sukacitanya mempelawa dan mengalu-alukan warga akademik UKM yang layak untuk menghantar pencalonan dengan meneliti syarat dan kriteria pada dokumen maklumat anugerah yang dilampirkan dan pada laman web penganjur.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Nurul Amalina Abdul Rahman di talian 03 8921 5234 atau melalui e-mel amalinarahman@ukm.edu.my