
Sukacita dimaklumkan pencalonan ANUGERAH AKADEMIK NEGARA KE-17 telah dibuka. Pemberian anugerah ini adalah pengiktirafan tertinggi khusus untuk para sarjana Malaysia yang sedang atau pernah berkhidmat di IPT Malaysia berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang berikut:
- Pengajaran
- Penemuan ilmu
- Penulisan dan penerbitan ilmiah dan kreatif
- Pemindahan dan pengembangan ilmu
Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM sebagai sekretariat anugerah di UKM dengan sukacitanya mempelawa dan mengalu-alukan warga akademik UKM yang layak untuk menghantar pencalonan dengan meneliti syarat dan kriteria pada laman web penganjur.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Anis Farlini Ahmadol di talian 03 8921 3885 atau melalui e-mel anisahmadol@ukm.edu.my.

