Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2025 & Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu 2025

Sukacita dimaklumkan pencalonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu & Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah dibuka. Penganugerahan ini mengiktiraf sumbangan ahli akademik pelbagai bidang yang mengguna, membangun dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai wahana aktiviti akademik dalam disiplin ilmunya.
Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM sebagai sekretariat anugerah di peringkat UKM dengan sukacitanya mempelawa dan mengalu-alukan warga akademik UKM yang layak untuk menghantar pencalonan berdasarkan tatacara berikut:
- Meneliti maklumat berkaitan anugerah seperti syarat dan kriteria (di sini bagi kategori Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu atau di sini bagi kategori Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu);
- Memuat turun dan melengkapkan bagi kategori yang berkaitan dengan merujuk kepada buku garis panduan pada pautan yang sama;
- Memastikan semua bahagian pada borang permohonan diisi KECUALI SEKSYEN J;
- Mengemukakan borang permohonan yang telah lengkap kepada Pusat Strategi UKM selewat-lewatnya pada 28 Mei 2025 untuk penyelarasan pengesahan Pejabat Naib Canselor;
- Memuat naik borang permohonan yang telah disahkan dan bukti/dokumen sokongan dalam folder Google Drive mengikut format yang telah ditetapkan dalam buku garis panduan.
- Menghantar pautan Google Drive yang telah lengkap kepada pihak urus setia di KPT selewat-lewatnya pada 13 Jun 2025. Pautan hendaklah diemelkan kepada
atabm@mohe.gov.mydan emel tersebut mesti disalinkan secara carbon copy kepadatpestrategi2@ukm.edu.my.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Cik Jamilah Mohamed di talian 03 8921 5633 atau melalui e-mel jamm@ukm.edu.my.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon.

