Penganugerahan ini mengiktiraf individu dan organisasi yang telah memberi sumbangan cemerlang dan berterusan kepada negara dan masyarakat.

Terdapat lima (5) kategori Anugerah iaitu: 

  1. Pendidikan & Komuniti 
  2. Persekitaran 
  3. Kesihatan, Sains & Teknologi 
  4. Pencapaian Skolastik Cemerlang 
  5. Sumbangan Cemerlang kepada Rakyat Malaysia (terbuka hanya kepada Bukan Warganegara Malaysia)

Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM sebagai sekretariat anugerah di UKM dengan berbesar hati memohon pencalonan melalui pihak kami berdasarkan tatacara di bawah:

  1. Meneliti syarat dan kriteria pada dokumen maklumat anugerah dan pada laman web penganjur;
  2. Memuat turun dokumen maklumat calon, melengkapkan maklumat yang diperlukan dan mengembalikan dokumen tersebut kepada kami untuk tujuan penyelarasan dan pencalonan selewat-lewatnya pada 30 November 2023; dan
  3. Memuat naik pencapaian atau sumbangan paling berimpak ke satu Google folder peribadi (yang telah dipautkan dalam dokumen maklumat calon) dan melengkapkan folder berkenaan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2023.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan prosedur pencalonan di peringkat UKM, sila hubungi Puan Nurul Amalina Abdul Rahman di talian 03-8921 5234 atau melalui e-mel amalinarahman@ukm.edu.my. Lain-lain persoalan berkaitan anugerah boleh diajukan kepada pihak penganjur (03-2331 0952 / merdekaaward@petronas.com).

Laman Web: www.merdekaaward.my

Dokumen maklumat calon: docs.google.com/document/d/1yhIQuyNRscw0-Owxwz94Qu8O2035BrOXVoGxD4q2MFI/edit