The Global Energy Prize 2025

Sukacita dimaklumkan pencalonan The Global Energy Prize 2025 telah dibuka. Penganugerahan ini mengiktiraf kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan saintifik serta teknikal dalam bidang tenaga. Global Energy Prize juga menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa dan penglibatan entiti awam serta swasta dalam usaha melaksanakan keselamatan tenaga dan pemuliharaan tenaga secara global.
Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM sebagai sekretariat anugerah di UKM dengan sukacitanya mempelawa dan mengalu-alukan warga akademik UKM yang layak untuk menghantar pencalonan berdasarkan tatacara berikut:
- Meneliti syarat dan kriteria pada dokumen maklumat anugerah yang dilampirkan dan pada laman web penganjur; dan
- Memuat turun borang pencalonan seperti pada lampiran, melengkapkan maklumat yang diperlukan dan mengembalikan dokumen tersebut kepada kami untuk tujuan penyelarasan dan pencalonan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2025.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Nurul Amalina Abdul Rahman di talian 03 8921 5234 atau melalui e-mel amalinarahman@ukm.edu.my.

