Pelawaan Permohonan untuk Prof Yoo Hang Kim Young Women Scientists Award 2024

Sukacita dimaklumkan permohonan untuk Prof. Yoo Hang Kim Young Women Scientists Award anjuran Association of Academies and Societies of Sciences in Asia (AASSA) telah dibuka. Prof. Yoo Hang Kim Young Women Scientists Award merupakan peluang untuk saintis wanita muda yang baru berkecimpung dalam bidang penyelidikan untuk menghadiri persidangan saintifik antarabangsa yang diiktiraf oleh AASSA dan membentangkan hasil penyelidikan mereka. Tarikh tutup adalah pada 30 November 2023.

Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM sebagai sekretariat anugerah di peringkat UKM dengan sukacitanya mempelawa dan mengalu-alukan warga UKM yang layak untuk menghantar permohonan dengan merujuk kepada tatacara yang dilampirkan di bawah.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran lain yang disertakan. Sebarang persoalan berkaitan permohonan boleh diajukan kepada Akademi Sains Malaysia (Puan Syakirah Nurizzati – 03 6203 0633 /  syakirah.nurizzati@akademisains.gov.my) dan persoalan lanjut berkaitan anugerah juga boleh diemelkan kepada penganjur (yhkawardaassa@gmail.com).