Hebahan Pertandingan Fotografi: UKM Lestari
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Strategi UKM menganjurkan Pertandingan Fotografi: UKM Lestari sebagai salah satu inisiatif untuk memupuk kesedaran berkaitan kelestarian di kalangan warga UKM melalui medium fotografi.
Penganjuran pertandingan ini juga adalah bersempena dengan Hari Informasi Pusat Strategi UKM yang akan diadakan pada 17 Disember 2025. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau selewatnya pada 12 Disember 2025 (Jumaat) jam 5.00 petang.
Bersama-sama ini disertakan poster berserta syarat & kriteria untuk rujukan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkaitan pertandingan boleh menghubungi Cik Jamilah Mohamed di talian 03-8921 5633 atau Puan Rasyidah Mohamed di talian 03-8921 3885.
#universitikebangsaanmalaysia#HariInformasi#pusatstrategi


