Pencalonan Anugerah Bitara UKM Ke-11 (Penilaian 2025)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman Warga UKM, Anugerah Bitara UKM merupakan program tahunan universiti yang bertujuan memberikan pengiktirafan kepada staf serta Pusat Tanggungjawab (PTj) berdasarkan pencapaian prestasi berkualiti dalam pelbagai aspek dan bidang.
Sehubungan itu, Pusat Strategi UKM selaku Sekretariat Anugerah UKM dengan sukacitanya mempelawa Warga UKM yang berminat untuk mengemukakan pencalonan bagi Anugerah Bitara UKM Ke-11 (Penilaian 2025).
Tempoh pencalonan adalah pada 1 April hingga 15 Mei 2026.
Syarat, kriteria serta maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman sesawang Pusat Strategi UKM dan poster hebahan seperti di lampiran.


