Pra-Hebahan Pembukaan Pencalonan Anugerah Bitara UKM Ke-11 (Penilaian 2025)

Anugerah Bitara UKM merupakan program tahunan Universiti yang memberikan pengiktirafan kepada staf dan Pusat Tanggungjawab (PTj) dengan mengambil kira pencapaian prestasi berkualiti dalam pelbagai aspek dan bidang.

Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM selaku Sekretariat Anugerah UKM dengan sukacitanya mempelawa semua warga UKM yang berminat untuk menghantar pencalonan bagi Anugerah Bitara UKM. Borang pencalonan akan dihebahkan setelah pencalonan dibuka tidak lama lagi. Buat masa ini syarat, kriteria dan maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Pusat Strategi UKM.

Sekian, terima kasih.

Similar Posts