Program Jelajah MAW@Fakulti

Pengurusan tertinggi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Sufian Jusoh, telah meluangkan masa menyantuni pelajar baharu di fakulti masing-masing menerusi program jelajah MAW@Fakulti.

Bagi Laluan Satu, delegasi disertai oleh Prof. Dr. Sufian Jusoh; Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; serta Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat. Lawatan meliputi Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Pusat Pengajian Citra Universiti, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Fakulti Undang-Undang serta Fakulti Perubatan.

Bagi Laluan Dua, penyertaan diketuai oleh Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa; serta Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi. Laluan ini melibatkan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Pendidikan, Fakulti Pergigian, Fakulti Sains Kesihatan serta Fakulti Farmasi.

Kedua-dua laluan jelajah ini berakhir di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, sebagai simbolik kesepaduan pengurusan tertinggi bersama seluruh warga UKM.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada Minggu Apresiasi Watan (MAW) UKM 2025, yang berlangsung mulai 27 September hingga 1 Oktober 2025.

Similar Posts