QS Reimagine Education Awards 2025
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Faisal Ibrahim dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina serta pasukan atas kejayaan cemerlang meraih Silver Winner dalam QS Reimagine Education Awards 2025 bagi kategori Lifelong Learning ![]()
![]()
Anugerah berprestij ini telah diumumkan pada 2 Disember 2025 bertempat di Queen Elizabeth II Centre, Westminster, London, sekali gus mengharumkan nama UKM di persada antarabangsa.
Syabas atas dedikasi, inovasi dan komitmen dalam memperkasa pembelajaran sepanjang hayat. Semoga terus mencipta kejayaan pada masa akan datang!




