Sambutan Hari Kanak-Kanak Jalanan Sedunia
Sambutan Hari Kanak-Kanak Jalanan Sedunia pada 31 Januari 2026 diraikan sebagai peringatan kepada kita semua bahawa setiap kanak-kanak, tanpa mengira latar belakang kehidupan, berhak mendapat kasih sayang, perlindungan, pendidikan dan peluang untuk membina masa depan yang lebih cerah.
Sambutan ini diharap dapat menyemai kesedaran, keprihatinan dan semangat tanggungjawab bersama dalam memastikan kebajikan serta hak kanak-kanak jalanan sentiasa terpelihara demi masa depan yang lebih sejahtera.
Ikhlas daripada Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan serta Seluruh Warga Pusat Strategi UKM


