Selamat Menyambut Hari Tindakan Iklim Antarabangsa

Sambutan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa diadakan setiap tahun pada 24 Oktober. Sambutan hari ini bertujuan bagi menarik perhatian dunia tentang kesan buruk perubahan iklim dan pemanasan global terhadap kehidupan sejagat. Sinergi antara individu, komuniti, dan kerajaan amat penting dalam usaha menjaga iklim kita.

Perubahan iklim bukan hanya isu alam sekitar, ia melibatkan kehidupan kita, ekonomi, dan masa depan generasi akan datang.

Setiap satu dari kita mempunyai peranan yang penting dalam memerangi perubahan iklim, sama ada melalui tindakan individu, sokongan kepada dasar yang mampan, atau penyertaan dalam komuniti.

Sempena Hari Tindakan Iklim Antarabangsa, Pusat Strategi UKM menyeru seluruh warga universiti dan masyarakat untuk bersama-sama mengambil tindakan nyata dalam menangani perubahan iklim. Setiap langkah kecil menuju kelestarian membawa impak besar kepada masa depan bumi kita.

Ikhlas daripada Warga Pusat Strategi UKM

Similar Posts