Tahniah Finalis THE Asia Awards 2026

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan Hal Ehwal Pelajar UKM yang diketuai oleh Dr. Nurwina Akmal Anuar atas kejayaan cemerlang sebagai Finalis THE Asia Awards 2026!

Melalui Jejak Pewaris Watan, UKM membuktikan komitmen berterusan dalam memecah kitaran kemiskinan, membuka akses pendidikan tinggi dan memperjuangkan keadilan wilayah demi masa depan Malaysia yang lebih inklusif. Manakala e-Prihatin menyerlah sebagai inovasi digital berimpak tinggi yang memperkasa kebajikan, kecekapan dan kesejahteraan komuniti.

Pencapaian ini menjadi lebih bermakna apabila terpilih daripada lebih 500 penyertaan cemerlang dari seluruh Asia, satu pengiktirafan besar terhadap kepimpinan, dedikasi dan visi berteraskan masyarakat yang dibawa oleh UKM.

Teruskan melakar kecemerlangan, memacu perubahan bermakna dan menjadi pemangkin harapan untuk generasi akan datang.

Similar Posts