Tahniah QS World University Rankings: Sustainability 2026

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi membuktikan komitmen kukuhnya dalam agenda kelestarian dengan pencapaian cemerlang dalam QS World University Rankings: Sustainability 2026. UKM berada pada kedudukan No. 1 di Malaysia bagi indikator Impak Alam Sekitar, No. 2 bagi Tadbir Urus dan No. 3 bagi Impak Sosial daripada 33 universiti yang dinilai di Malaysia.

Di peringkat global, UKM melonjak daripada kedudukan 245 kepada 208 dunia daripada 2,002 universiti, menunjukkan peningkatan prestasi yang sangat signifikan. Manakala di peringkat Asia, UKM kini berada pada kedudukan #25 daripada 827 universiti, meneruskan trend peningkatan dari tahun ke tahun dan mengukuhkan reputasi UKM sebagai universiti terkemuka dalam kelestarian.

Pencapaian ini adalah hasil usaha berterusan seluruh warga UKM dalam mengarusperdanakan elemen Impak Alam Sekitar, Impak Sosial and Tadbir Urus (ESG) dalam pengoperasian kampus. Ia selari dengan aspirasi Pelan Strategik Kelestarian UKM 2030, yang menetapkan hala tuju jelas dalam pengurusan tenaga, perubahan iklim, tadbir urus mampan serta kesejahteraan komuniti kampus.

Prestasi ini bukan sahaja mencerminkan komitmen UKM terhadap kelestarian global, tetapi juga membuktikan peranan UKM sebagai peneraju nasional dalam agenda pembangunan mampan. Syabas dan tahniah kepada seluruh warga UKM atas pencapaian gemilang ini.

Similar Posts