Tahniah UKM: Lonjakan Cemerlang Global QS WUR By Subject 2026

Alhamdulillah! Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus mengukuhkan kedudukannya di persada dunia. Berdasarkan keputusan QS World University Rankings (WUR) by Subject 2026, UKM telah mencatatkan peningkatan yang membanggakan merentasi pelbagai bidang.

🚀 Sorotan Utama:

✅ Lima bidang utama (Broad Subjects) menunjukkan peningkatan ketara, dengan Social Sciences & Management kini berada di kedudukan ke-146 dunia.

✅ Sebanyak 29 subjek telah tersenarai secara keseluruhan top 300.

✅ Theology, Divinity & Religious Studies kekal dalam kelompok 100 terbaik dunia.

✅ Subjek masa hadapan, Data Science & Artificial Intelligence, kini berada dalam kelompok 150 terbaik dunia.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih seluruh warga universiti, merangkumi ahli akademik, kakitangan, mahasiswa serta alumni. Terima kasih atas komitmen berterusan dalam mengangkat nama UKM di peringkat global.

Similar Posts