UKM Teroka Peluang Kerjasama Strategik Bersama Universitas Muhammadiyah Surakarta
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima kunjungan hormat delegasi Universitas Muhammadiyah Surakarta (UMS), Indonesia yang diketuai oleh Rektor UMS, Prof. Dr. Harun Joko Prayitno, M.Hum. dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua institusi.
Pada sesi pertemuan itu, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan, mobiliti pelajar dan staf, pembangunan bakat serta inisiatif antarabangsa yang mampu memberi manfaat kepada komuniti universiti di kedua-dua negara.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen UKM untuk terus memperluas jaringan strategik global melalui kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi terkemuka serantau, sekali gus memperkukuh kecemerlangan akademik dan impak universiti di peringkat antarabangsa.
Hadir sama, Pro Naib Canselor Strategi dan Kewatanan UKM, Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan. Turut menganggotai delegasi UMS ialah Vice Rector, Prof. Dr. Em Sutrisna, M.Kes

