VISI
Kecemerlangan dalam perawatan, pengajaran dan penyelidikan dalam surgeri. nasihat dan latihan kepada organisasi luar.
MISI
- Memberi rawatan yang profesional serta holistik kepada pesakit.
- Melahirkan doktor siswazah, pakar bedah dan penyelidik yang profesional, berintegriti, dan kompeten.
- Menjadi pakar rujuk dalam bidang klinikal serta memberi khidmat nasihat dan latihan kepada organisasi luar.
- Memperkasakan tanggungjawab sosial dalam kesejahteraan masyarakat.
- Menjadi peneraju dan perintis dalam bidang pembedahan & subkepakaran.
- Memperkukuhkan budaya penyelidikan serta memperluaskan jaringan strategi global.
- Mengamalkan nilai-nilai murni, beretika, komited serta semangat kerja berpasukan di kalangan ahli jabatan.
OBJEKTIF
- Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan efektif berdasarkan maklumat perubatan terkini agar pesakit mendapat perawatan yang optimum.
- Menyediakan perkhidmatan pentadbiran dan perkhidmatan sokongan yang cekap dan memastikan peralatan dan infrastruktur yang sesuai supaya kakitangan dapat bekerja secara efektif dan pesakit mendapat rawatan yang berpatutan
- Menjadi institusi yang unggul dalam pembelajaran dan pendidikan pelajar pra-siswazah dan siswazah dalam bidang surgeri
- Menjadi pusat latihan pilihan kepakaran tertinggi kepada pakar-pakar surgeri terlatih dengan menjadi pusat rujukan bagi negara dan kawasan serantau.
- Menyemai kesedaran tentang kepentingan inovasi dan penyelidikan serta menggalakkan penggunaan pengetahuan tersebut di dalam praktis klinikal.
- Bekerjasama dengan para saintis, pakar klinikal lain serta industri yang berkaitan di dalam bidang penyelidikan untuk mengembangkan ilmu dan inovasi dalam bidang surgeri dan sub-kepakaran yang berkaitan.

