Jabatan Surgeri Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

LATAR BELAKANG JABATAN SURGERI FAKULTI PERUBATAN UKM

Jabatan Surgeri, Fakulti Perubatan (SurgeriFper), Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah satu jabatan terawal ditubuhkan semasa penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1972.

SurgeriFper telah memainkan peranannya dalam bertindak balas terhadap keperluan klinikal dan ahli akademik untuk memenuhi keperluan dari segi prasiswazah perubatan, residen perubatan dan praktikal klinikal di dalam rawatan kesihatan yang sentiasa berubah-ubah dan keadaan pembelajaran yang semakin maju di negara ini.

SurgeriFper telah menyatukan kesemua keistimewaan pembedahan konvensional dan juga yang telah menaikkan status jabatan dimata institusi perubatan lain.

Kumpulan pakar bedah kami terdiri daripada:

  1. Pakar Pembedahan Umum terdiri daripada pembedahan gastroenterologi & bariatrik, pembedahan salur darah (vaskular), pembedahan usus (kolorektal), dan pembedahan payudara & endokrinologi.
  2. Pakar Pembedahan Sub-bidang terdiri daripada pembedahan sakit tuan, buah pinggang dan salur kencing (urologi), pembedahan saraf (neurosurgeri), pembedahan jantung & paru-paru (kardiotorasik), pembedahan kanak-kanak (pediatrik), pembedahan mulut & maksilofasial dan pembedahan plastik & rekonstruktif.

SurgeriFper ini bekerja keras untuk mengikuti misi yang telah ditetapkan oleh Universiti untuk menjadi satu pertubuhan yang mempunyai pengetahuan mendalam berkenaan penyelidikan dan pembangunan. Mengikut misi Fakulti Perubatan, Jabatan Surgeri berdedikasi dalam mengajar bakal-bakal doktor dan yang terkini didalam dimensi perubatan seperti sains, etika dan kemanusiaan, membimbing mereka di dalam sastera dan bidang sains perubatan. Kami menawarkan kurikulum yang amat luas dalam pra-perubatan dan pembelajaran perubatan yang merangkumi semua bidang sains perubatan, mendidik pendekatan inovatif dan pembelajaran perubatan yang sihat.

Matlamat kami adalah untuk mengajar pengajaran yang ideal/optimal/terbukti kepada pelajar perubatan dan doktor pembedahan, dengan itu dapat menyediakan dan mendidik mereka di dalam pengetahuan perubatan yang kian berubah untuk memegang tanggungjawab mereka di dalam saintifik masyarakat pada masa hadapan.

Jabatan Surgeri merangkumi 11 unit, iaitu Unit Kolorektal, Unit Vaskular, Unit Upper Gastrointestinal, Unit Hepatobiliari, Unit Endokrin dan Payudara, Unit Urologi, Unit Neurosurgeri, Unit Plastik Surgeri, Unit Surgeri Pediatrik, Unit Kardiotorasik, serta Unit Bedah Mulut dan Maksilofasial.

Semua unit di jabatan bertanggungjawab memberikan perkhidmatan klinikal di Klinik Surgeri yang terletak di Tingkat Bawah, Blok Klinikal HCTM, serta menjalankan pembedahan dalam bidang masing-masing di dewan bedah yang terletak di Aras 2, Blok Klinikal HCTM. Jabatan juga memainkan peranan dalam pengajaran pelajar prasiswazah Sarjana Perubatan dan pascasiswazah Sarjana Surgeri.

Di samping itu, jabatan turut terlibat dalam pengajaran kepada prasiswazah Sarjana dan Diploma Kejururawatan serta pelajar pascasiswazah Jabatan lain seperti Jabatan Onkologi, Jabatan Kesihatan Keluarga dan Jabatan Perubatan Kecemasan.