Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre

Pengurusan Kualiti

Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian dan Perkhidmatan (SPK PPP)

Dalam usaha untuk membentuk kawalan dan jaminan kualiti yang lebih dinamik, tadbir urus yang lebih utuh, penjimatan kewangan, integrasi proses lebih sistematik, objektif kualiti yang berfokus dan sistem kawalan dalaman yang lebih cekap, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (MJPU Bil. 20/2020) pada 8 Disember 2020 telah bersetuju untuk menggabungkan pensijilan SPK PPPS dan SPKP.  UKM-Karier mempunyai empat (4) Arahan Kerjaya yang didaftarkan untuk pensijilan ini.

 

Arahan kerja ini menerangkan tentang tatacara pengurusan program kerjaya Pusat Pembangunan Karier (UKM-Karier) bagi memastikan setiap program berjalan dengan lancar dan mematuhi semua peraturan ditetapkan. Objektif Kualiti bagi Arahan Kerja ini ialah Mencapai 10 program pembangunan kerjaya setiap tahun.

Arahan Kerja

Borang Permohonan Penganjuran Program Kerjaya 

Borang Permohonan Penyertaan Karnival Kerjaya  (atas talian)

Borang Kajian Maklum Balas Majikan

Borang Maklum Balas Pengunjung Karnival Kerjaya (atas talian) 

Borang Laporan Penganjuran Program Kerjaya

Arahan kerja ini menerangkan tatacara pengurusan khidmat bimbingan dan kaunseling kerjaya kepada pelajar dan graduan UKM bagi membantu mereka merangka pembangunan dan hala tuju kerjaya. Objektif Kualiti bagi Arahan Kerja ini ialah Mengadakan sesi dalam tempoh tiga (3) hari selepas tarikh permohonan

Arahan Kerja

Arahan Kerja

Borang Rekod Permohonan Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling Kerjaya (atas talian)

Laporan Bimbingan Kerjaya (atas talian)

Borang Persetujuan Mengikuti Kaunseling Kerjaya (atas talian)

Borang Rujukan Kaunseling Kerjaya (atas talian)

Laporan Kaunseling Kerjaya (atas talian)

Maklum Balas Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya (atas talian)

Arahan kerja ini menerangkan tentang tatacara pengurusan data Kajian Pengesanan Graduan bagi memastikan proses berjalan dengan lancar dan mematuhi semua peraturan ditetapkan. Objektif Kualiti bagi Arahan Kerja ini ialah:
1) Mencapai 95% kadar maklum balas SKPG 1; dan

2) Mencapai 90% kadar kebolehpasaran graduan setiap tahun

Arahan Kerja

Jadual Kerja Pelaksanaan SKPG 

Arahan kerja ini menerangkan tentang tatacara pengurusan dana latihan peningkatan kemahiran bagi memastikan setiap program berjalan dengan lancar dan mematuhi semua peraturan ditetapkan. Objektif kualiti bagi Arahan Kerja ini ialah Menjalankan sekurang-kurangnya satu program Dana Intervensi Kebolehpasaran Graduan (GE) dalam tempoh setahun.

Borang Penerimaan Penyelaras Program

Surat Aku Janji Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan

Jadual Kerja Permohonan Dana Intervensi Kebolehpasaran Graduan

Jadual Kerja Pelaksanaan Program Latihan 

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

EKSA mula dilaksanakan di UKM pada tahun 2023 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif. Langkah penjenamaan semula ini sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga Universiti.

UKM-Karier telah terpilih sebagai salah satu Pusat Tanggungjawab (PTj) Perintis dalam pelaksanaan EKSA.