PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM / UKM CAREER ADVANCEMENT CENTRE
MARA_GEUKM
Ceramah Kerjaya: Launch Your Career with Finexus
Pusat Pembangunan Karier (UKM-Karier) ingin menjemput semua pelajar/graduan untuk mengikuti Siri Ceramah Kerjaya bulan Disember bertajuk Launch Your Career with Finexus yang akan diadakan pada:
🗓️ Tarikh: 14 Disember 2022, Rabu
🕰️ Masa: 2.30 Petang – 4.30 Petang
Tempat: Bilik Seminar, Pusat Pembangunan Karier, Aras 5 PUSANIKA
🤵🏻♂Penceramah: Mrs. Vivian Ng, Manager, CEO Management Office
FINEXUS ialah syarikat teknologi dan perkhidmatan kewangan terkemuka yang menghubungkan dan memberi perkhidmatan kepada pengguna, perniagaan, bank dan bank pusat. Sesi ceramah kerjaya ini adalah sesi perkongsian mengenai peluang pekerjaan di syarikat tersebut, tip temuduga dan maklumat ringkas tentang syarikat/industri. Untuk makluman, syarikat ini mempunyai peluang pekerjaan untuk semua bidang pengajian.