Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre

Jelajah EKSA Tingkat Kesedaran Ekosistem Kondusif

Bangi | 12 Februari 2025

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Jawatankuasa Pelaksana EKSA Universiti telah melaksanakan Program Jelajah EKSA UKM sebagai usaha berterusan memperkukuh pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di seluruh pusat tanggungjawab universiti.

Program ini bertujuan memantau, menilai serta memperkukuh amalan EKSA di setiap kluster universiti melalui sesi lawatan, bimbingan dan perkongsian amalan terbaik bagi memastikan persekitaran kerja yang lebih kemas, sistematik dan produktif.

Rombongan Jelajah EKSA UKM ini diketuai oleh Dato’ Norazah Mohd Nordin. Sepanjang siri jelajah, beliau bersama pasukan penilai telah mengunjungi semua kluster yang terlibat termasuk fakulti, institut dan jabatan di seluruh UKM.

Antara lokasi yang dilawati ialah Kluster 5, yang merangkumi beberapa pusat tanggungjawab termasuk Pusat Pembangunan Karier UKM (UKM-Karier)

Disediakan oleh
Nurul Ashikin Zainurdin

#sdg4 #QualityEducation #sdg8 #DecentWorkAndEconomicGrowth #sdg17 #partnershipForTheGoals