Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre

Career Cafe '26

22 April 2026 | Career Cafe

Kelab Urusetia Kerjaya dengan kerjasama KMUKM telah berjaya menganjurkan program “Santai Bersama Mentor: Inspirasi Kerjaya Sebenar” dalam suasana santai namun penuh makna.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan mentor industri yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman:
1. Mr. Sebastian Tai – Digital Commerce Consultant, Antler
2. Ms. Suzanne Chua – Deputy Manager, Talent Acquisition, Employee Relations & HR Governance, Public Mutual
3. En. Muhammad Yamin – Head of HR & Admin, FAR Capital Sdn. Bhd.
4. Mr. Ho Ching Wah – Deputy Chief Executive Officer & Chief Operating Officer, HRDF Certified Trainer

Seramai 35 orang pelajar telah menyertai sesi interaktif ini dan mengambil peluang untuk bertanya, belajar, dan membina keyakinan diri dalam perancangan kerjaya mereka.

Terima kasih kepada semua pelajar yang telah hadir dan memeriahkan Career Cafe kali ini. Semoga perkongsian yang diperoleh menjadi inspirasi dalam langkah seterusnya menuju dunia kerjaya!

#UKM #UKMSharing #UniversitiWatanKita #UKMKarier #UKMCareerBuddies #Mara_GEUKM


Disediakan oleh
Muhammad Hazim Haziq Tamami

#SDG4 Quality Education

#SDG8 Decent Work and Economic Growth

#SDG17 Partnership for the Goals