Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre
Menu
GRADUAN Aspire Career Fair 2026
6 Jun 2026 | Lawatan ke GRADUAN Aspire Career Fair 2026
Seramai 31 orang pelajar Kelab Urusetia Kerjaya (Career Buddies) telah menyertai program lawatan ke GRADUAN Aspire Career Fair 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Sepanjang lawatan, para peserta telah mengikuti sesi perkongsian Info Session oleh Maybank serta K-Youth, yang memberikan pendedahan mengenai peluang kerjaya, pembangunan bakat dan persediaan memasuki alam pekerjaan. Selain itu, para pelajar turut berpeluang melawat ruang pameran kerjaya bagi mendapatkan maklumat mengenai peluang pekerjaan dan latihan industri, di samping berinteraksi secara langsung dengan pelbagai majikan daripada pelbagai industri.