Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre
Menu
SD GUTHRIE x UKM-KARIER CAMPUS ENGAGEMENT 2026
🌟 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SD Guthrie atas kesudian bersama UKM-Karier dalam menjayakan Graduate Accelerated Programme (GAP) pada 24 Jun 2026.
Terima kasih juga diucapkan kepada Muhammad Aiman Asyraf Mohd Farok, Senior Executive, Production, SD Guthrie International, atas perkongsian pengalaman dan perjalanan kerjaya yang begitu bermakna kepada para pelajar UKM.
Sesi perkongsian ini pastinya memberikan pendedahan dan inspirasi kepada para pelajar mengenai perkembangan kerjaya, kepimpinan serta peluang membina kerjaya bersama SD Guthrie.
Tidak dilupakan, terima kasih kepada pasukan SD Guthrie atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan GAP Interview Session bersama pelajar UKM.
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan dan membuka lebih banyak peluang pembangunan bakat serta kerjaya untuk pelajar UKM pada masa akan datang. 🤝✨