Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre

Program Pembangunan Kerjaya

Program Pembangunan Kerjaya merupakan kumpulan program-program rutin yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Karier yang melibatkan perkongsian maklumat, info dan ilmu berkenaan kerjaya serta persediaan ke alam pekerjaan. Program-program ini juga melibatkan wakil majikan/syarikat untuk membantu pelajar mendapat gambaran sebenar mengenai dunia pekerjaan. Follow Instagram UKM-Karier untuk maklumat terkini.

Capture444

CERAMAH KERJAYA

Program ini merupakan aktiviti rutin di UKM-Karier dimana wakil-wakil majikan dijemput untuk memberi ceramah/perkongsian kepada pelajar mengenai situasi sebenar di alam pekerjaan mengikut industri tertentu. Terbuka kepada semua pelajar. Kebiasaannya ceramah kerjaya dijalankan pada hari Rabu (petang) atau Jumaat.
IMG-20191204-WA0012

KLINIK RESUME

Diadakan pada setiap bulan pada setiap semester bagi membantu pelajar untuk menyediakan resume terbaik.  Sesi penyediaan resume ini akan dijalankan secara hands on supaya pelajar lebih memahami keperluan dan kepentingan penulisan resume terbaik yang dapat menarik minat majikan. 
Capturew

FINISHING SCHOOL

Program flagship yang dijalankan kepada pelajar tahun akhir. Program ini mengandungi enam (6) sesi iaitu SKPG dan Pengurusan Emosi; Professional Grooming; Personal Branding; Keusahawanan; Tip Temuduga; dan Surat Iringan, Resume & Video Resume. Program ini akan diadakan pada setiap bulan November/Disember.
Capture

MOCK INTERVIEW

Latihan berbentuk simulasi temuduga pekerjaan sebenar. Panel temuduga adalah terdiri daripada wakil majikan tersohor dan kaunselor kerjaya. Pelajar akan dinilai berdasarkan Resume dan Surat Iringan; Penampilan Diri; Kemahiran Komunikasi dan Kemahiran Menjawab Soalan Temuduga.

SEMBANGSANTAI

Sembang santai kerjaya adalah sesi perkongsian bersama kaunselor kerjaya yang mengupas isu mengenai kerjaya. Sesi perkongsian ini menjemput pelajar dan pihak industri bagi memberikan pandangan dan idea pembangunan kerjaya pelajar.
IMG_20191016_095114

INDUSTRY VISIT

Program Industry Visit merupakan program yang mengumpulkan pelajar untuk melawat syarikat-syarikat terpilih. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat dan gambaran sebenar mengenai dunia pekerjaan bagi sektor-sektor dunia korporat.
289508806_391678679659456_5899768503727687045_n

HARI KERJAYA

Hari kerjaya UKM merupakan program flagship yang berlangsung pada bulan April/Mei setiap tahun. Program ini membawakan pelbagai syarikat yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan latihan industri kepada pelajar dan graduan UKM.
20241016_120916

CAREER BUDDIES

Kumpulan pelajar di bawah selian UKM-Karier yang membantu dalam pengurusan dan pelaksanaan program pembangunan kerjaya. Pelbagai aktiviti dijalankan kepada kumpulan pelajar bagi meningkatkan kemahiran dalam menempuh alam pekerjaan.
DSC_0690a

LMCR 3422: PERSEDIAAN ALAM PEKERJAAN

Kursus elektif yang dipilih oleh pelajar prasiswazah. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan dengan ceramah-ceramah kerjaya dari syarikat dan majikan. Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan dan meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai dunia pekerjaan. 

LMCR 3442: PENGURUSAN KERJAYA PELAJAR

Kursus elektif yang dipilih oleh pelajar. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan dengan pengalaman mengenai penganjuran program kerjaya. Objektif kursus ini adalah untuk membina keyakinan dalam berkomunikasi dengan pihak industri.