Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre
Menu
Eksplorasi Kerjaya MIDA
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan menganjurkan satu pameran kerjaya bertema Eksplorasi Kerjaya MIDA sempena MITI ASEAN Day 2025 seperti ketetapan berikut:
Tarikh
:
14 & 15 November 2025 (Jumaat & Sabtu)
Masa
:
9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat
:
Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur
Program
:
Eksplorasi Kerjaya MIDA (Pameran Kerjaya)
Program ini akan melibatkan penyertaan lebih daripada20 buah syarikat tempatan dan antarabangsadaripada sektor-sektor utama di bawah seliaan MIDA, termasuk syarikat dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan terpilih. Melalui pameran kerjaya ini, para pelajar, graduan dan alumni yang sedang mencari pekerjaan berpeluang berinteraksi secara langsung dengan wakil industri bagi memahami kehendak pasaran kerja serta perkembangan teknologi semasa.
Pada masa yang sama para pelajar, graduan dan alumni yang sedang mencari pekerjaan dapat memperluas rangkaian profesional, meningkatkan keyakinan diri melalui pendedahan kepada dunia pekerjaan sebenar, serta menyesuaikan kemahiran yang dimiliki dengan keperluan industri. Pameran kerjaya ini juga membuka peluang untuk mendapatkanpekerjaan dan penempatan latihan industri (internship)yang bersesuaian dengan bidang pengajian masing-masing.
Disclaimer: The job/internship/programme advertisements shared are for informational purposes only. The university is not the source of these postings and shall not be held responsible for the content, accuracy, or any issues arising from them. Applicants are advised to verify details directly with the respective employers.