Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre
Menu
Add Venture Forum (AVF) 2025
26 April 2025 | Cyberjaya
Seramai 17 orang pelajar UKM telah berpeluang menyertai Program Add Venture Forum (AVF) 2025 yang berlangsung di UMCCeD, membawa pengalaman berharga dalam dunia inovasi dan pembangunan bakat.
Bertemakan “Fostering Talent as Innovation Enablers through Technological Advancement”, program ini menampilkan pelbagai aktiviti interaktif dan berimpak tinggi, termasuk Keynote Address, bengkel “Validate Your Crazy Idea”, sesi Company Pitching, Career Development serta peluang Networking bersama pakar industri dan rakan inovator.
Penglibatan pelajar dalam program ini bukan sahaja membuka ruang untuk mencungkil idea kreatif, malah membantu mereka membina keyakinan, kemahiran profesional dan jaringan strategik yang dapat dimanfaatkan dalam kerjaya masa hadapan.
Sekalung penghargaan dirakamkan kepada Leave a Nest atas penganjuran program berprestij ini serta peluang yang diberikan kepada para pelajar UKM untuk mengembangkan potensi dan memperkukuh rangkaian profesional mereka.